Pengenalan Kepada Interaksi Manusia Komputer Dan Model Konsep dan Gaya Interaksi

Interaksi Manusia-Komputer (IMK) adalah perihal rekabentuk, penilaian dan implementasi sistem komputer interaktif untuk kegunaan manusia dan dengan kajian tentang fenomena yang terlibat dengannya (ACM SIGCHI, 1992, p.6).
Kajian tentang:
Manusia = bagaimana manusia menerima dan memproses maklumat, apakah kekangan dan kelebihan manusia
Komputer = teknologi komputer yang boleh digunakan untuk menerima, memproses, dan mempersembahkan maklumat, kekangan dan kelebihan
Interaksi di antara kedua elemen di atas

Evolusi Antaramuka
– 50an – Antaramuka pada paras perkakasan untuk jurutera – panel suis
– 60-70an – Antaramuka pada paras pengaturcaraan – COBOL, FORTRAN
– 70-90an – Antaramuka pada paras bahasa arahan
– 80an – Antaramuka pada paras dialog interaksi – GUI, multimedia
– 90an – Antaramuka pada paras persekitaran kerja – sistem rangkaian, groupware
– 00an – Antaramuka berkembang dengan luas – mobile devices, consumer electronics, interactive screens,. etc

Dari IMM kepada Rekabentuk Interaksi
1. Interaksi manusia-mesin (IMM) atau MMI mengkaji tentang rekabentuk antaramuka mesin-mesin yang digunakan di rumah dan tempat kerja
2. Interaksi manusia-komputer (IMK) atau HCI mengkaji tentang rekabentuk, penilaian, dan implimentasi sistem interaktif
3. Rekabentuk Interaksi (RI) atau ID mengkaji tentang rekabentuk ruang untuk komunikasi dan interaksi manusia

Apa kepentingan IMK
1. Sudut pasaran:
Manusia menggunakan komputer setiap hari, dan manusia tiada masa untuk belajar:
– Komputer (peralatan) seharusnya mudah digunakan
– Sistem harus mempunyai rekabentuk yang baik
– Latihan yang minimum
2. Pengguna yang pelbagai
Jika sesuatu produk sukar digunakan, pengguna akan beralih ke produk yang lain
3. Sudut kemanusiaan:
Manusia mempunyai kelemahan Kesilapan / ralat mengakibatkan:
– Kehilangan masa
– Kehilangan uang
– Kehilangan nyawa jika melibatkan sistem yang kritikal
– Kehilangan semangat

Model Konsep dan Gaya Interaksi

Model Konsep
“Suatu model yang menerangkan tentang sistem yang dicadangkan dalam bentuk idea dan konsep berkenaan dengan keupayaan sistem, bagaimana perlakuan sistem, dan bagaimana pengguna berinteraksi dengan sistem dalam bentukyang boleh difahami oleh pengguna seperti yang dikehendaki.”

Contoh Model Konsep
1. Mesin perakam video (VCR)
– Tekan butang ‘REC’ untuk rakam rancangan
– Tekan butang ‘STOP’ untuk memberhentikan sebarang aktiviti
– Tekan butang ‘PLAY’ untuk memainkan rakaman
2. Anda perlu memberi arahan tertentu (dengan menekan butang yang sesuai) untuk meminta mesin melakukan aktiviti yang diingini

Kepentingan Model Konsep
– Perekabentuk / pembangun sistem perlu memilih model konsep yang sesuai supaya pengguna memahami perlakuan sistem (bagaimana interaksi dengan sistem boleh dilakukan).
– Supaya pengguna boleh membentuk model mental yang tepat.

Kategori Model Konsep
Dua kategori
1. Model konsep berasaskan aktiviti
– Pemberian Arahan
– Perbualan
– Manipulasi dan Navigasi
– Penjelajahan
2. Model konsep berasaskan objek

Model konsep berasaskan Pemberian Arahan
Sistem melaksanakan sesuatu aktiviti setelah arahan diberikan
Arahan diberikan menggunakan papankunci, butang ataupun dengan membuat pilihan dari menu
Contoh :
Mesin perakam video (VCR)
Arahan diberikan dengan menekan butang tertentu
Sistem Pengoperasian DOS dan Unix/Linux
Arahan diberikan dengan menaip ayat/perkataan tertentu
Pemproses Teks Word
Arahan diberikan dengan memilih pilihan tertentu dari menu

Model konsep berasaskan Pemberian Arahan
Sesuai untuk tindakan yang berulang
Sesuai untuk tindakan yang melibatkan lebih dari satu objek atau item
Contoh:
> del dokumen1 dokumen2 dokumen 3
Sesuai untuk mempelbagaikan arahan

:Sumber :http://one.indoskripsi.com

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s